Kaki disko engko ea

Monday 2 June 2014

Aku diserang angin rindu!

Assalamualaikum and happy second of June !

  Rasa macam dah lama gila tak update blog. Biasa la tangan dah bermanja manja dengan dapur ehem ehem. So sapaq sapaq nak cari bakal bini.....CALL ME MAYBE ihik ihikz.



  Serious la malam ni memang mood jiwang habis. Padahal tadi dah siap berikrar depan bendera Selangor nak siapkan homework. Dasar hasutan jimbit. Rasanya malam ni aku ada cita cita baru la, aku nak jadi..............Dr Love. *bluek*

  Taktau angin apa, tiba tiba aku teringat memori daun pisang montel aku. Agak dalam tahun 2006 2007 macam tu le. Lama gila kan? Bukan sebarang tahun woi sebab tahun tu bermakna siket untuk aku. Nak tau kenapaaaaa? Jeng jeng jeng.

 Ada seorang jejaka ni, waktu aku darjah 4 dia darjah 6. Bibir dia besar bukan macam kena sengat tebuan dah tapi macam kena patuk ular. Wahaha! Orangnya tinggi. Mata dia kuyu macam mat ganja yang ngantuk, haa kiranya memang kritikal punya kuyu la. Warna kulit dia tak hitam sangat tak putih sangat, just nice. Nama dia Syah. Nama penuh dia Aaron Aziz aka Haroon Ajis.

 Dengan dia la aku habis kan bedak baby johnson aku yang wangi nak mampos tu. Asal main surat je bubuh bedak banyak gila nak bagi wangi la kunun nya. Korang pun mesti pernah buat kan kan? Yang memang sarat bercinta tu sampai ada yang bagi botol minyak atar terus. Janji wangi yeah yeah.

  Bila aku ingat balik pasal dia kompem aku gelak nak rak. Sebab dia la first experience aku bercintun. Wahaha! Sapa kata cinta monyet tak best? Engko bercintun dengan monyet sapaq suruh. Asal pandai jaga batas ok lah. Lagi pun time tu otak still suci, balas balas surat pun cakap pasal study, 'harini awak hencem sangat pakai congkok','awak kita bagi awak karipap ada kat bawah meja awak'. Harhar. Kanak kanak.

  Aku banyak kali cari dia sekarang ni tapi memang tak jumpa jumpa dah. Belum rezeki lagi kot. Susah nak lupa dia sebab dia ni spesis baik, penyayang kiranya memang suami idaman la harhar. Tapi first reaction kalau aku jumpa dia aku nak tendang bontot dia bagi sama besa dengan bibir dia. Geram you knozz. I think gegirl paham perasaan ni ececeh. Sebab when you love someone, everything else is matter. Pls la especially guy,when you love her, say you do. But when you dont, be honest is what a girl asks for. Toksah la nak putar belit keadaan konon nak jaga perasaan la pebenda la sampai menipu sebab when the girl finds out the truth, a girl can simply turn to be a guy worst nightmare. Guy, be prepared untuk ngompol aka kencing malam. Kepada Syah, hope we can meet again. Salam.

My entry kali ni boleh di consider as romantic. Ekekeke



Saturday 22 March 2014

First expectations!

Assalamualaikum and hello eberibadi *lempang guna kaki* maksud saya, hello EVERYBODY. Ehhe

It is 12.27 am and I'm still wide awake. Tolonglah salahkan movie yang best gila nak mampus tu Snow White and the apa entah. Lantok mung la nak ngomong aku lame ke apo ke yunk important gua udah nonton. *lempang guna betis*

Lepas habis movie tadi saya macam berfikiran jauh la jugak kan fikir kat mana kapal tu, apa yang kucing saya tengah buat kat luar tu and suddenly something yang pernah terjadi which is yang boleh lah dikatakan terkesan kat hati melintasi fikiran saya yang sememangnya tak pernah ada traffic light mahupun road block.

Wak coconut and friends.

It happened pada suatu hari yang lalu, time tu saya dok menong pasal kelapa kat surau pastu titiba ada sorang kawan ni datang ajak sembang. To be honest, saya dengan dia jarang bercakap before ni and bila dia datang time tu kebetulan mood pun memang rasa nak bercakap cakap dengan girang so kitorang pun sembak dengan rancaknya.

Until when she said something.

            'wawa, nak tau tak. waktu first aku jumpa kau sumpah aku ingat kau kembar lisa surihani dengan maya karin dengan fazura dengan miranda kerr dengan audrey hepburn masa muda.'
                                                           O          M         G
k fine aku tipu ngahngahngah k fine k fineeee
Dia bilang macam ni actually
                                    'wawa, waktu first aku jumpa kau sumpah aku tak suka kau'

Faham tak perasaan tu? Sumpah la time tu saya rasa tersirap je tengok muka dia rasa macam nak minum air sirap je ey ey. So dengan hati yang hancur berkecai macam lipas yang kena pijak dengan selipar gegirl yang ketakutan saya pun cakap lah

                                                     'haaa kenapa do? aku rasa aku baik je ehem'
 
Sebab dia ingat aku ni sombong nak mampus gila punnya naharom punya tahap cipan punya sombong.
Sombong sangat la kan. Hmmm. But she said after few weeks bila macam dah okay dengan budak baru baru la dia tau aku ni takde la sombong mana. Boleh tahan la baik. Boleh la buat menantu tansri datuk seri sultan brunei dan cucu datuk.

Rasa macam post entry yang nak puji diri sendiri je harharrrr

To be honest, i really dont talk to people much kecuali yang memang rapat yang memang dah biasa. Bukan sebab nyombong ke apa sebab dah kalau kau tak tegur dulu memang aku tak tegur lah. I'm not too friendly but that doesnt mean saya sombong. Seriously i hate people who called me sombong. Sebab, yeah because you dont know me. But i'm sorry for not being friendly. Sorry.

So that is why first expectations tu penting! You have to give your best to whoever that comes to your way sebab first expectations lead to how someone thinks about you. So when you meet people, smile and greet. Bukan masam macam kambing. Kambing pun senyum you knozz. When you give your best since the very first day, someone will always be positive with you, love being around you and you can make some new friends. For me FIRST EXPECTATIONS influence your FUTURE. That is why bila kita ada temuduga kita pakai lawa lawa banyak senyum buat habis baik la. Reason? Sebab kita nak judges tu fikir baik baik je pasal kita. So we have to practice it in our life :) Takkan kita kena tunggu orang tu rapat dengan kita dulu baru dia tahu kita ni sebanarnya macam ni macam tu kan?

Rasa macam emo pulak harharrrrrr. Nak tau my most admired wishes tak?

                                  Please I want everybody to like me.
                                  please I want nobody hates me.
                                  Please I want everybody to accept me.
                                  Please I dont want the feel of being unwanted.

Good night people. Much love XX





Thursday 21 November 2013

Kerja Tuhan :)


Hello and Assalamualaikum readers! Happy Wednesday!




First of all, let us recite Al-Fatihah for arwah Ammar for his scarification in Islam. Pagi tadi twiter penuh dengan nama Arwah, ingatkan trending pebenda rupa rupanya arwah syahid. Yuol tau tak syahid tu pebenda? TAKTAHU YOU SAID?! Meh Ustazah ehem story siket, syahid tu macam meninggal kat jalan Allah macam kalau kita pi letopkan kepala tentera Yahudi kat Palestin guna lesung batu sampai mati sebab nak tegakkan agama Islam dengan ikhlas kerana Allah Taala pastu pulak kita termati sebab awek Yahudi tu baling heels dia sampai kita mati so INSYAALLAH dianggap syahid. Itu semua kerja Allah nak tentukan hambaNya sama ada betul betul syahid atau tak. Paham apa yang ustazah cakap? Tak paham tu paham paham kan je lah tak pun cari inisiatif sendiri ea? Much love. Let us together doakan arwah supaya Allah tempatkan arwah bersama hamba-hambaNya yang beriman. Amin.....

Ramai orang bercita cita nak syahid tapi tak tau nak buat macam mana kan? Mati syahid ni bukan semata mata mati sebab pi berperang dum dam dum dam kat Palestin sana. Kat sini pun boleh you know. Contoh la la kan, kita niat nak pi tolong orang susah kat somewhere ni, niat ikhlas kerana Allah ofcourse la kan then titiba meninggal sebab tersadung selipar jamban sendiri. InsyaAllah dikira syahid. I'm not sure sangat about this betol ke idok tapi ustat saya dulu ada story lebih kurang cenggini la. Kalau salah pi serang dia ok saya kongsi jewww :)

To be honest lah kan, saya nak buat pendedahan siket apa yang saya rasa ni. Kadang kadang macam bengang jugak nengok budak budak yang tweet macam Saya sayang Allah I'm proud to be Muslim tapi bila tengok photo kat twitter pergh gamba nak peluk peluk awek je. Nak acah acah swag dengan rokok kat tangan bajet cam orang utan. Bukan apa lah, bayang kan la apa yang non muslim rasa after dia tengok benda benda macam ni? Macam mana dia nak tertarik nak belajar Islam kalau tengok pengikut pengikut dia pun macam kita kita ni kan? You oll faham kan what i'm trying to say. Bukan nak bajet baik just sekadar muhasabah diri. I've got no doubt Islam boleh bangkit balik kalau kita semua bersatu and try to be a better Muslim. Mesti dunia aman. InsyaAllah :)

However ni nak cakap siket ni, kalau kita ada nampak benda benda yang tak elok macam gamba gamba kat twitter ke facebook ke yang tak elok jangan jadi cam saya kutuk kutuk macam ni ha hehe sebenanye kita kena doa untuk kebaikan orang tu, doa dia jadi Imam Besar ke nanti ape ke. Yang elok elok la. Mana tau satu hari nanti dia lembut hati ke kan tengok tengok nanti dia jadi suami kita he he he...................Okay la tu kan, kita pun untung apa dapat pahala sebab doakan dia pastu avoid dosa kutuk orang. Mari kita sama sama berusaha dan berdoa agar kita dapat jadi a better Muslim and mati happy kay bukan sebab kita mati sebab lemas time mandi duit tapi sebab kita nampak taman syurga waktu nak hembuskan nafas terakhir.

"I love my money with all my butt" katanyaa


Watlek watpeace people. Much love xxx

Monday 11 November 2013

Cenggini laa kau.

Assalamualaikum hangpa semua :)

Look at my last entry's date, bapak laa tahun lepas memang tak berupdate sampai la sekarang. Maklumla jadi bini Nasir Bilal Khan so memang busy la. I've got this chance nak update pun sebab cuti and rasa teringin sangat nak update sampai tido pun jari jemari ni menari dengan gilang gemilangnya.

Well today, I want to share about RIMAS. Baru baru ni ada la sorang kawan tapi mamang mesra ni mengadu kat saya so saya pun bajet bajet kaunselor je lah. Dia ni molek orangnya, kalau nak dibandingkan dengan miranda kerr, memang saya yang menang la.


Kompom je hang nyampah aku.
So straight to the point, dia ni rapat dengan sorang laki which is memang dia anggap macam kawan je so did him. Bila laki perempuan dah mula rapat, mesti akan ada salah seorang yang tersungkur di medan perang cinta antara jantina yang berbeza*ayat syahbandar. So mamat ni selalu text minah tu, bagi hadiah la, baik semacam la. Kawan saya pelik la dengan perubahan drastik laki ni and at the end, mamat tu pun terus terang and ofcourse membe memang taknak la dengan mamat tu. So mamat ni tak boleh nak accept and dia pun atur strategi perang dia yang cam bodo tu. Ni kes otak dia lagi kecik dari idong kanggaroo lettew.

So mamat and minah sekalian, sila la faham dengan maksud TAKNAK tu. Ni kalau kita dah cakap taknak, memang taknak punya taknak la. Kita kena redha la kan, bunga bukan sekuntum kumbang bukan sekumbang. Kita kena hormat dengan apa pun keputusan. Ni idok, dah kata taknak pastu nak main psiko psiko la ungkit ungkit la pirahh. Siap ada someone tu jahit gambar crush kat spender snap gamba ugut nak letak kat insta padahal follower setengah orang pun takde. Psiko gila pi basuh kaki lah.

People, dalam soal perasaan ni mana boleh paksa paksa. It comes naturally. Kalau jodoh tak kemana kan? Bunuh diri sebab kena tinggal boypren gelpren semua sampah k cuba la mati kat jalan Allah baru stylo. So please, hargai perasaan orang and the most important, respect k.

Renung renungkan dan mari buat apa yang patut :*

Thursday 27 December 2012

The Kedekuts Thing

Assalamualaikummm :)

    Okay okay okay. sapa yang kedekut kat sini silaaaaaa baca Hihi . Kalau yang baca tu kedekut apatah lagi si tuan blog nyeee. Ihikkk :3

    Bab kedekut kedekut ni memang bukan LUARBIASA tapi memang BIASA kann kan. Especially bab bab makanan ni. Bagi sapa sapa yang dok asrama tu memang dah faham sangat.  Ada kedekut biasa, ada jugak kedekut luarbiasa.

    Ni nak cakap pasal luarbiasa punya. saya rasa memang ramai orang buat macam ni.
 Pernah tak kedekut punya pasal, contoh paling senang laa, makan Maggie. Kegemaran budak budak asrama dan bujang bujang dan tidak ketinggalan juga buat para suami yang dilarang oleh bini untuk tidur dalam bilik, merajuk punya kes. Hehe. Alkisah nya Dalam group ni, punya laaa syok syok sembang tiba tiba ada lah si polan ni datang bawak magie makan sorang sorang. memang terliur lah kan, dengan bau magie kari yang sangat lah menyucok dua buah lobang hidung yang kelaparan. bak kata peribahasa ni, dari hidung, jatuh ke perut. Hihi. Kompem laa ada yang buat muka tak malu mintak kan kan

tak malu 1 : Eh polan, kau ni buat aku lapar lah. Nak sikit bolehhhh ?

mula mula nak bagi pun sayang tapi bila dia buat muka mcam niiiiii

Puss in boots versi puss in steambuuts -.-


Polan : Hmm, amek laaa. satu urat je tau tau.

Kompem laaaa bila sorang sapat semua mintak. dah macam rusuhan. 'NAK MAGGIE NAK MAGGIE NAK MAGGIE' aaaa zombie.

Bagi sapa sapa yang menghadapi situasi cenggini, mesti la risau Maggie kesayangan korang habes di lahap oleh sang zombie zombie yang puasa otak tu. Sooooo, nak bagi tips turun temurun ni. cuma, ada BERAN?

Ini lah yang selalu dilakukan oleh mereka mereka yang sangat protective maggie diorang tuu.

suap satu sudu maggie dalam mulut, kunyah kunyah then keluar kan balik. gaul bersama sama maggie yang tadi sehingga sebati. pastu PELAWA laaaaaaa :)

kompem lepas tu boleh makan dengan tenang gmbira dan bahagia. cara yang sangat geli tapi sangat berkesan. Buktinyaaaa, abang saya baru buat. BARU BUAT TADI. haaa kira nya memang entry ni didedikasikan kepada abang ku yang sangat kreatif  itu -.- 

maaf post something yangggggg ...... hm tips kut? Hihi. tapi kalau orang tu mintak jugak, memang DESPRADO punya kes. tak dapat eden nak nolong ;) selamat bermakan maggie kepada semua.

BERHATI HATI hehe :)



Monday 17 December 2012

ANDA HAKIM or LAWYER?

Assalamualaikummmmm :)
habis lenyek rambut spike aku pakai benda ni -.-


 Kat sini ada sapa sapa yang Hakim kaaa Lawyer kaaa? Kepada mereka yang bernama Hakim, pinjam nama kejap boleh? Hehe. Dan kepada mereka yang bernama Lawyer tu *ada ke?* pun pinjam kejap :)

Saya buat tajuk entry tu sebab saya selalu, selalu tersangat selalu baca kat status la apa la semua la.
 DONT JUDGE ME PEOPLE.
Korang selalu nampak taaakkk? ^^
takada problem pun dengan ayat tu, sebab saya pun sokong :) For me, kalau judge orang sama je macam kita kutuk orang tu. Berdosa kannnn :) tapi menipu laaa kalau kita tak pernah mengutuk even once. Lain la kalau kita ni orang yang betul betul faham agama and takut Allah. Moga moga kita diantaranya. Aminn :)

Benda kutuk mengutuk ni selalu jadi kalau kita dengan kawan kawan especially dalam satu group. kalau sorang mulakan memang tak habes habes. ada jeee benda nak dikutuk. benda kecik macam tahi lalat tu pun nak kutuk. tapi kita tak sedarkan benda yang kita kutuk tu ciptaan Tuhan. tapi bila dah seronok, tak ingat pape dah. saya bukan cakap orang, saya pun buat. hehe 3:) biasa la tu, manusia senang digoda tergoda dan menggoda. Hoho. menggoda ^^

Selalu kan kalau nampak benda yang pelik siket mesti kita nak judge. Contoh la, kita nampak buntut orang besau besau. hehe. mesti nak kutuk kan kan kan?! padahal, it's natural. PUBERTY. lu olang ada belaja ni topik time form 3. Major punya favourite -.- dapat pulak cikgu yang  NAKAL, budak laki classmate pulak BLUE. mmg haru. Gegurl pulak *saya saya* tersenyum senyum terjeling jeling. Apa yang dijelingkan tu pun tak tau laa. Ish ish :) Lain la dia sengaja nak show off kan. macam orang lain takada buntut je. nak batak kang jadi apa pulak. dush.

Murid A: Cikgu ! Habestu nak buat apa dengan orang buntut besar yg show off tu cikgu? kutuk jugak ke?
Cikgu: Bukan laa. Apa jenis pelajar kau ni?! Sapa yang ajar kau pun aku tak tau la. Ada sapa sapa yg nak jawab? *angkat kening angkat kening*
Murid B: Ngorat !
Murid C: Amek gamba guna Instagram !
Murid D: tak lah. DSLR !
Cikgu: baik korang semua diam sebelum aku tangan sorang sorang.*diam sejenak* Kita panggang buntut dia !
ustazah: MasyaAllah kalian. Cikgu, tolong padam obor api tu. terima kasih. ehem. sebenarnya anak anak sekalian dan cikgu. Kita haruslah doakan untuk kebaikan orang tersebut. Mohon pada Allah agar kita diberi hidayah. Kan dalam mencegah maksiat ni ada tiga cara

  1. guna tangan or bidang kuasa yang kita ada. as example, kalau kita Perdana menteri boleh la kita kuatkuasakan undang undang umat Islam wajib menutup aurat dengan SEMPURNA :)
  2. guna lisan. Bagi sesiapa yang dikurniakan keberanian untuk menegur tu, kita tegur lah. TETAPI, secara berhikmah ye. bukan seperti ayat ini * Jangan mencarut la bod** ada faham? :)
  3. guna hati. Iaitu macam kita benci dengan kemungkaran itu :)



Ada faham readers sekalian? :) cuba kalau ada orang kutuk kita, berasap tak?rasa macamnak pergi serang kan. tapi, kritik tu semua actually supaya kita muhasabah diri. ye lah, kita rasa kita perfect. padahal satu pun tak jadi pape. macam saya lah, bila kawan cakap saya bendul. saya kata betul ke? jendul tu ada lah. hehe. bila kawan saya cakap saya KIUT. krik krik. okay itu saya tipu. perasan gila -.- Hihi :) Kita ialah kita dan kawan itu lah Cermin. dia reflect apa yang kita ada. kan kan :)

Entry ini sekadar untuk muhasabah diri. tiada maksud tersirat tersirot untuk menyakitkan hati sesiapa :) K SEKIANNNNNNN.



Saturday 15 December 2012

Test German Test :)

 Assalamualaikummmm :)

     I wasn't at home today, teman mama beli barang dapur mmg penat. gila kentang punya penat. dia siap belek barang punya la lama padahal tak beli pun. dengan bebel sepanjg perjalanan yg sangat melonggarkan kepala lutut. macam mana pun dia, bebel mana pun dia, cerewet mana dia, she still my mother :) kadang kadang kita tak menghargai benda yg Allah dah kurnia kat kita, cuba kalau benda tu Allah ambek balek. baru lah kita nak hargai and menyesal. So hargai lah apa yang kita ada skrg ni. Dengar je apa yg dia bebel because trust me, bila dia dah takada, bebel tu lah yang kita rindu. bebel tu lah yg jadi lullaby kita before kita tidur. Ehem, asal intro aku sedeh ni -.-

   berbalek pada hajat yg sebenar, time round round kat tesco. cuba teka apa yang saya nampak? cuba teka cuba teka? k baek jgn teka. saya jumpa ni.......

JENG JENG JENG

'hai saya shampoo yang boleh bercakap'

 Saya bukan nak cakap pasal dia punya kualiti ke apa ke.sebab saya tak pernah beli pun. maklumlah, saya ni botak. Hoho. I'm talking about the BRAND youuuu. saya berdiri punya la lama just nak baca 'Schwarzkopf' tu. bila sebut rasa macam bahasa jawa je. kut kut mmg orang jawa punya Brand. caya la jawo.

Saya ada buat contest :) Hadiah dia mp4 dengan Headphone dan voucher shopping rm 500. I'm serious sista sista bro bro. SERIOUS. tapi memandangkan saya ni kedekut, y'ollskena baca ayat bawah ni. sapa boleh baca dengan loghat yg betul, faseh, laju memandang kan org german hanya mengambel masa 2 saat untuk menyebut nya. sapa yg berjaya, FEEL FREE TO CLAIM FROM ME :)

'swargokjhh moijhhg lil kpiouyt monhggjui dfucjgiko hkuythg'


ada winner tak disini? ADA TAK? ADA TAK?
Kemon aaa korang.
seriously, ada sapa sapa menang tak?
saya tak denga sape sape pun jawab, takada lah tu.hehe
tapi kan korang,
kenapa menghabeskan masa dengan mencuba benda tu?
ayat yang tak pernah wujud langsung.
saya maen tekan keyboard sambel denga lagu Macy's Day Parade.
kepada mereka yng tertipu,
saya mintak maaf dari mana mana sehingga ke mana mana,
saya sayang korang *tiba tiba*
Tapi kepada sapa yg try tu,
saya nak puji siket.
korang ni mmg buat saya tabek spring aa.
berani mencuba.
tahniah diucpkan.
hadiah tu? maaflah saya ni jual nasi lemak tepi jalan je.
mana mampu. hehe


K SEKIANNNNN ;0

P/S ;I DONN0 WHEATHER TO BAHASA GERMAN OR NOT. OH AND SAYA TAK DAPAT BAYANG KAN BIBIR KORANG TIME BACA TU. MESTI COMEL. HAHA