Kaki disko engko ea

Thursday 27 December 2012

The Kedekuts Thing

Assalamualaikummm :)

    Okay okay okay. sapa yang kedekut kat sini silaaaaaa baca Hihi . Kalau yang baca tu kedekut apatah lagi si tuan blog nyeee. Ihikkk :3

    Bab kedekut kedekut ni memang bukan LUARBIASA tapi memang BIASA kann kan. Especially bab bab makanan ni. Bagi sapa sapa yang dok asrama tu memang dah faham sangat.  Ada kedekut biasa, ada jugak kedekut luarbiasa.

    Ni nak cakap pasal luarbiasa punya. saya rasa memang ramai orang buat macam ni.
 Pernah tak kedekut punya pasal, contoh paling senang laa, makan Maggie. Kegemaran budak budak asrama dan bujang bujang dan tidak ketinggalan juga buat para suami yang dilarang oleh bini untuk tidur dalam bilik, merajuk punya kes. Hehe. Alkisah nya Dalam group ni, punya laaa syok syok sembang tiba tiba ada lah si polan ni datang bawak magie makan sorang sorang. memang terliur lah kan, dengan bau magie kari yang sangat lah menyucok dua buah lobang hidung yang kelaparan. bak kata peribahasa ni, dari hidung, jatuh ke perut. Hihi. Kompem laa ada yang buat muka tak malu mintak kan kan

tak malu 1 : Eh polan, kau ni buat aku lapar lah. Nak sikit bolehhhh ?

mula mula nak bagi pun sayang tapi bila dia buat muka mcam niiiiii

Puss in boots versi puss in steambuuts -.-


Polan : Hmm, amek laaa. satu urat je tau tau.

Kompem laaaa bila sorang sapat semua mintak. dah macam rusuhan. 'NAK MAGGIE NAK MAGGIE NAK MAGGIE' aaaa zombie.

Bagi sapa sapa yang menghadapi situasi cenggini, mesti la risau Maggie kesayangan korang habes di lahap oleh sang zombie zombie yang puasa otak tu. Sooooo, nak bagi tips turun temurun ni. cuma, ada BERAN?

Ini lah yang selalu dilakukan oleh mereka mereka yang sangat protective maggie diorang tuu.

suap satu sudu maggie dalam mulut, kunyah kunyah then keluar kan balik. gaul bersama sama maggie yang tadi sehingga sebati. pastu PELAWA laaaaaaa :)

kompem lepas tu boleh makan dengan tenang gmbira dan bahagia. cara yang sangat geli tapi sangat berkesan. Buktinyaaaa, abang saya baru buat. BARU BUAT TADI. haaa kira nya memang entry ni didedikasikan kepada abang ku yang sangat kreatif  itu -.- 

maaf post something yangggggg ...... hm tips kut? Hihi. tapi kalau orang tu mintak jugak, memang DESPRADO punya kes. tak dapat eden nak nolong ;) selamat bermakan maggie kepada semua.

BERHATI HATI hehe :)



Monday 17 December 2012

ANDA HAKIM or LAWYER?

Assalamualaikummmmm :)
habis lenyek rambut spike aku pakai benda ni -.-


 Kat sini ada sapa sapa yang Hakim kaaa Lawyer kaaa? Kepada mereka yang bernama Hakim, pinjam nama kejap boleh? Hehe. Dan kepada mereka yang bernama Lawyer tu *ada ke?* pun pinjam kejap :)

Saya buat tajuk entry tu sebab saya selalu, selalu tersangat selalu baca kat status la apa la semua la.
 DONT JUDGE ME PEOPLE.
Korang selalu nampak taaakkk? ^^
takada problem pun dengan ayat tu, sebab saya pun sokong :) For me, kalau judge orang sama je macam kita kutuk orang tu. Berdosa kannnn :) tapi menipu laaa kalau kita tak pernah mengutuk even once. Lain la kalau kita ni orang yang betul betul faham agama and takut Allah. Moga moga kita diantaranya. Aminn :)

Benda kutuk mengutuk ni selalu jadi kalau kita dengan kawan kawan especially dalam satu group. kalau sorang mulakan memang tak habes habes. ada jeee benda nak dikutuk. benda kecik macam tahi lalat tu pun nak kutuk. tapi kita tak sedarkan benda yang kita kutuk tu ciptaan Tuhan. tapi bila dah seronok, tak ingat pape dah. saya bukan cakap orang, saya pun buat. hehe 3:) biasa la tu, manusia senang digoda tergoda dan menggoda. Hoho. menggoda ^^

Selalu kan kalau nampak benda yang pelik siket mesti kita nak judge. Contoh la, kita nampak buntut orang besau besau. hehe. mesti nak kutuk kan kan kan?! padahal, it's natural. PUBERTY. lu olang ada belaja ni topik time form 3. Major punya favourite -.- dapat pulak cikgu yang  NAKAL, budak laki classmate pulak BLUE. mmg haru. Gegurl pulak *saya saya* tersenyum senyum terjeling jeling. Apa yang dijelingkan tu pun tak tau laa. Ish ish :) Lain la dia sengaja nak show off kan. macam orang lain takada buntut je. nak batak kang jadi apa pulak. dush.

Murid A: Cikgu ! Habestu nak buat apa dengan orang buntut besar yg show off tu cikgu? kutuk jugak ke?
Cikgu: Bukan laa. Apa jenis pelajar kau ni?! Sapa yang ajar kau pun aku tak tau la. Ada sapa sapa yg nak jawab? *angkat kening angkat kening*
Murid B: Ngorat !
Murid C: Amek gamba guna Instagram !
Murid D: tak lah. DSLR !
Cikgu: baik korang semua diam sebelum aku tangan sorang sorang.*diam sejenak* Kita panggang buntut dia !
ustazah: MasyaAllah kalian. Cikgu, tolong padam obor api tu. terima kasih. ehem. sebenarnya anak anak sekalian dan cikgu. Kita haruslah doakan untuk kebaikan orang tersebut. Mohon pada Allah agar kita diberi hidayah. Kan dalam mencegah maksiat ni ada tiga cara

  1. guna tangan or bidang kuasa yang kita ada. as example, kalau kita Perdana menteri boleh la kita kuatkuasakan undang undang umat Islam wajib menutup aurat dengan SEMPURNA :)
  2. guna lisan. Bagi sesiapa yang dikurniakan keberanian untuk menegur tu, kita tegur lah. TETAPI, secara berhikmah ye. bukan seperti ayat ini * Jangan mencarut la bod** ada faham? :)
  3. guna hati. Iaitu macam kita benci dengan kemungkaran itu :)



Ada faham readers sekalian? :) cuba kalau ada orang kutuk kita, berasap tak?rasa macamnak pergi serang kan. tapi, kritik tu semua actually supaya kita muhasabah diri. ye lah, kita rasa kita perfect. padahal satu pun tak jadi pape. macam saya lah, bila kawan cakap saya bendul. saya kata betul ke? jendul tu ada lah. hehe. bila kawan saya cakap saya KIUT. krik krik. okay itu saya tipu. perasan gila -.- Hihi :) Kita ialah kita dan kawan itu lah Cermin. dia reflect apa yang kita ada. kan kan :)

Entry ini sekadar untuk muhasabah diri. tiada maksud tersirat tersirot untuk menyakitkan hati sesiapa :) K SEKIANNNNNNN.



Saturday 15 December 2012

Test German Test :)

 Assalamualaikummmm :)

     I wasn't at home today, teman mama beli barang dapur mmg penat. gila kentang punya penat. dia siap belek barang punya la lama padahal tak beli pun. dengan bebel sepanjg perjalanan yg sangat melonggarkan kepala lutut. macam mana pun dia, bebel mana pun dia, cerewet mana dia, she still my mother :) kadang kadang kita tak menghargai benda yg Allah dah kurnia kat kita, cuba kalau benda tu Allah ambek balek. baru lah kita nak hargai and menyesal. So hargai lah apa yang kita ada skrg ni. Dengar je apa yg dia bebel because trust me, bila dia dah takada, bebel tu lah yang kita rindu. bebel tu lah yg jadi lullaby kita before kita tidur. Ehem, asal intro aku sedeh ni -.-

   berbalek pada hajat yg sebenar, time round round kat tesco. cuba teka apa yang saya nampak? cuba teka cuba teka? k baek jgn teka. saya jumpa ni.......

JENG JENG JENG

'hai saya shampoo yang boleh bercakap'

 Saya bukan nak cakap pasal dia punya kualiti ke apa ke.sebab saya tak pernah beli pun. maklumlah, saya ni botak. Hoho. I'm talking about the BRAND youuuu. saya berdiri punya la lama just nak baca 'Schwarzkopf' tu. bila sebut rasa macam bahasa jawa je. kut kut mmg orang jawa punya Brand. caya la jawo.

Saya ada buat contest :) Hadiah dia mp4 dengan Headphone dan voucher shopping rm 500. I'm serious sista sista bro bro. SERIOUS. tapi memandangkan saya ni kedekut, y'ollskena baca ayat bawah ni. sapa boleh baca dengan loghat yg betul, faseh, laju memandang kan org german hanya mengambel masa 2 saat untuk menyebut nya. sapa yg berjaya, FEEL FREE TO CLAIM FROM ME :)

'swargokjhh moijhhg lil kpiouyt monhggjui dfucjgiko hkuythg'


ada winner tak disini? ADA TAK? ADA TAK?
Kemon aaa korang.
seriously, ada sapa sapa menang tak?
saya tak denga sape sape pun jawab, takada lah tu.hehe
tapi kan korang,
kenapa menghabeskan masa dengan mencuba benda tu?
ayat yang tak pernah wujud langsung.
saya maen tekan keyboard sambel denga lagu Macy's Day Parade.
kepada mereka yng tertipu,
saya mintak maaf dari mana mana sehingga ke mana mana,
saya sayang korang *tiba tiba*
Tapi kepada sapa yg try tu,
saya nak puji siket.
korang ni mmg buat saya tabek spring aa.
berani mencuba.
tahniah diucpkan.
hadiah tu? maaflah saya ni jual nasi lemak tepi jalan je.
mana mampu. hehe


K SEKIANNNNN ;0

P/S ;I DONN0 WHEATHER TO BAHASA GERMAN OR NOT. OH AND SAYA TAK DAPAT BAYANG KAN BIBIR KORANG TIME BACA TU. MESTI COMEL. HAHA

Thursday 13 December 2012

pada sapa sapa yang sedeh



Assalamualaikummm :)
'mana tomyam guaaaaa. waaaaaaa :'('

 Kompem hari ni bukan semua happy kan? saya pun tak happy jugak sebab dapat tahu yang boypren dah berkahwin 3dan bercucu 4. Hoho. Bagi sapa sapa yang sedeh, saya berusaha menggodek godek youtube dan akhirnyaaaaa jumpa video sedeh ni. Kompem nanges kalau tngok :)  Yang paling sedeh, dia ada selit kan unsur unsur pengajaran. Hoho D: Bagi sapa sapa yang dah tngok, apa salah nye tngokskali lagi kan kan -_- Saya tahu saya lapuk nak share benda lama. tapi SHARE IS CARINGGG :)


Mari sama sama hayati vid sedeh ni :')









I'm touched. Pada sapa sapa yang menangis, boleh cekidot kat sini

http://www.youtube.com/watch?v=JslgFo9V6x0&feature=share&list=UUGvuIycnc2ElzbsSFRCvEfg

Wednesday 12 December 2012

Bus Scene :)

Assalamualaikum and hallu hallu kepada semuaaaa :)


jawab dong mas :)


saya ada terbaca satu entry dekat website mane entah. writer tu pot pet pot pet pasal rakyat negara dia*bukan Malaysian* tak beradab dengan orang tua. Especially dalam bas. So maybe writer website tu warga emas kuut. Hewhew. Biasa aaa dalam bas masing masing penting kan diri, even nampak nenek tua dalam umo 99 dah menggigil gigil berdiri sampai terketar ketar gigi palsu dia, orang muda yamg syok syok duduk tu buat buduu je. Siap promote polident lagi.. Apa punya olang.

Tapi experience naek bas memang best. saya pun dah lame tak merasa naek bas. lasttime naek bas dengan sorang member saya. terkejut jgak saya bila dia ajak saya naek bas tepi jalan. almaklum lah dia tu anak orang berada, saya gi sekolah naek porche dia gi sekolah naek beca. kitorang nak g kedai dpn tuu. jauh la jugak kalau nak jalan kaki. agak agak 4 ke 5 bulan barru samapai aaa. So kitorang pun menahan la bas di tepi jalan, dah la panas, pakai baju hitam pulak tu, memang goreng laa.

last last dapat la tahan satu bas ni, bas kilang pulak tu. bedal je lah. kawan saya yang muka dah merah macam udang dlm mee rebus pun kata no hal punya. dalam bas tu pulak, pergghh punya la padat. macam milo fuze. serious padat gila. sapa terkentut sikit je pun kompem bas meletop. terpaksa la berdiri bersama sama dengan banglaman, nepalman, superman, dan macam macam man lagi. kalau dah berdiri, memang la tangan kena angkat bagi pegang tiang kat atas. memang ada macam macam bau. Lu olang nak bau apa? vanila? tengik? tenguk? semua ada. mari pilih.

lama lama pun terpaksa la berdiri kat belakang bas. memang nampak macam macam ragam. ada yang tu la, ni lah, korek hidung la. bajet orang tak nampak je. ish ish. tapi kelaka jugak bila nengok nye. bila bas pusing kanan orang yg berdiri pun ke kanan. bila bas kekiri, dorang pun kekiri. dah macam kat konsert dah.

Seratus percent cintakuuuuuu lalala ~

dalam 15 minit berlalu, kendur siket bas ni. orang yang korek hidung tadi pun dah berpuas hati dengan keadaan lubang gua nye itu. Saya dan member pun turun. Dengan muka yang puas. dan hati yang gumbira selepas terbelenggu dengan bau bau cipun yang tak sesedap roti gardenia itu.

CONCLUSION; amalkan la berbudi bahasa dan sopan santun dalam bas. beri keutamaan kepada orang yang memerlukan. warga tua, orang kelainan upaya, ibu mengandung, tapi bagi bapa bapa yang mengandung macam 11 bulan setengah tu tak perlu kuut. steady je. K sekiannnnnnnn :) sorry kerana mengepos sesuatu yang tak ber faedah. Hihi








Tuesday 11 December 2012

Fobia Fobiot, Lu pergi kedai, Gua makan Steamboat

Assalamualaikummmm :)

I think, semua olang kat dunia ni ada fobia masing masing. Taktau la pulak kepada penghuni pluto jupiter dan sebagainya. Fobia ni ada macam macam. Lu olang buleh pileh senarai list dibawah iniii :)

Alliumphobia : Fobia pada bawang putih
Ambulophobia : Fobia berjalan
Androphobia : Fobia pada lelaki
Bancophobia : Fobia pada bank.
Bibliophobia : Fobia pada buku
Dipsophobia Fobia minum air
Dishabiliophobia Fobia buka baju di depan orang
Eisoptrophobia Fobia pada cermin

Jenis fobia last tu tak tau apa sebab, lawa sangat kuut. hehe. Seperti saya, saya pun ada fobia sendiri. saya fobia dengan budak kecik umo 2 taun. bukan semua aaa, budak yang botak gemuk and sepet. kalau jumpa budak macam tu terus histeria. bawak berubat ngan pak ustad pun ustad kata dak k.o budak ni. memang parah. hoho. fobia dengan budak memang common. ramai ada. tapi fobia dengan orang tua tuuu tak pernah denga lagi. hehe

Well ada tragedi di sebalik fobia tu. Benda ni jadi 4 taun lepas. Budak ni Jonjon namanya. nama timangan kuut. 
Dia dengan suka hati merentap dan menarik rambut ku yang sangat comel time tu. perit dia takyah cakaplaaa. rasa macam makan banana milkshake dengan mnm punya topping. taknak lepas lepas pulak tu. saya pun terus la melalak sehingga lah dia kena panggg dengan mommy dia. saya geram gila time tu, rasa macam nak tarik nyotnyot dia baru dia tahu langit ni tinggi ke rendah. tapi takpelah, simpan laa buat sunat nanti ye. hewhew


JonJon
sampai sekarang kepala dia botak. pernah tanya bapak dia, asal bia anak botak? Teringin nak usapusap rambut anak dia. USAP USAP. HEHE. bapak dia kata bia je la botak, jimat duet beli cermin. tengok kepala dia dah nampak muka dah. Pernah la sekali tu, tengok kepala botak Jonjon, tak nampak muka pun. Nampak botak jee. apa punya temberang bapak. Maybe bapak dia ni anggap kepala anak dia tu mangkuk dukun kuut. Boleh nampak macam macam. tapi tak pernah nampak pulak kepala anak dia kelua asap kemenyan. Hmmmm.

BOYPREN KU BERBULU :)

Assalamualaikum :)

Tadi, baru tadi ada terbaca satu entry pasal kucing. Saya memang gila kucing. Kat rumah je ada 15 ekor,tak termasuk yang dalam perut tu. Hihi. Tapi mestilah, mesti ada yang saya paling sayang among semua kucing yang pernah saya bela. He was my Boyfriend, Bestfriend, Room mate and ofcourse kucing. HewHew. Sebab dia kucing la nama entry ni Boypren ku Berbulu :)

'Gua ada manyak bulu, Lu ada masala?'
Hensem kan dia. Kucing tu bukan punggung blakang tu. entah sapa punya la. Haha. Nama dia MUMU. Actually nama asal dia LEMU. Maksudnya GEMUK dalam bahasa jawa. So kepada sapa sapa nak aniaya boypren ke gepren ke cakap la 'Sayang you are so LEMU sweetheart :)' Then kalau dia tanya, 'apa LEMU tu baby?' Anda cakap lah, 'Lemu tu BEAUTIFUL dalam bahasa zimbabwela darling :)' Kompem dia caer. Trust me *angkat kening angkat kening*

Mumu ni baek gile. Dia je lah yang conquer rumah, kuceng laen tak leh masuk rumah, tu la bila kucing laen dapat chance masuk rumah, masing masing bertuka rupa jadi anak monyet blkang rumah. Mumu ni ada habit, asal nak keluarkan dia dari rumah je mesti dia pura pura tido. Nampak bebeno pura pura, mata terkenyit kenyit terkebil kebil.

Ada la one day tu, dia tak balek dah tiga hari. Mama ingat dia kawen. Mumu memang, hobi dia kawen. Kawen jee kejenya, teringin nak tengok dia pakai tengkolok siap ada keris kat blakang dok atas pelamin. Kompem pengsan. Tak sempat nak renjis air mawar. hehe. bck to the story, satu hari tu Mumu balek. Time tu saya ngan mama baru balek shopping. Dari jauh mumu nampak pelik. dia macam ada benda hitam besa melekat kat dahi dia. Saya macam pelik jugak and pegi la check. Rupa rupanya benda tu lubang ulat. I was so shocked, mama dah lari masuk rumah. Nak hantar g klinik dah lewat. Siap ada ulat kelua masuk kat lubang kat kepala dia. dah macam tol je. teringin nak tanya, sewa rumah kau kat kepala kucing aku ni dah baya ke belum? Time tu takda sedeh sangat sb Mumu macam ok je. bila masuk rumah amek makanan kuceng, kelua balek mumu dah takde. Maybe dia nak pergi jumpe doktor sendiri.

Tunggu punya tunggu MUMU balek, sampai la satu hari ni. Dia balek. Dia dok diam je tepi tangga. Saya ingat dah sehat la bila tengok je dah tak tau nak cakap apa. terus nanges. mana taknye, lubang tu dah besa gila nak mati. ulat tak yah cakap la. saya lari g dapur amek ikan seko besa. Mumu tak makan pun. dia ada tunduk and ada ulat jatuh. saya nanges teruk gila time tu. dia dah nazak. nazak sangat. sweet kan mumu, even dia dah nak meninggal pun sempat balek rumah nak cakap goodbye. saya dok je sebelah mumu. ingat time saya ngan mumu dulu dulu time dia sehat. nampak nye saya dah takde kawan nak tido. saya naek masuk bilek amek kamera bila turun je mumu dah takada. time tu menyesal gila naek bilik. tapi nak buat macam mana,dah ajal. He was the sweetest thing yang pernah ada dalam memori saya. sorry for the long post.

IN MEMORY. LEMU anak jantan SONTOT






Monday 10 December 2012

SUPERMAN :D

Hello and Assalamualaikum :)

SAPA CAKAP SUPERMAN TAK WUJUD ?!
Actually it really do exist. SERIOUS.
Nak tahu kenapa?
.........

Saya ada texting dengan seorang kawan yang merangkap sebagai seorang penyibuk yang mengganggur. kitorang pun texting macam biasa until malam tadi saya dapat tahu yang dia bukan ORDINARY PEOPLE.


LE SUPERMAN:  Hai awak. Buat apa?
LE ME: Tarak buat papa. Maen kriket kat pluto je. Asal?
LE SUPERMAN: Saya  tgh bawak kete gi kelas. Saya nampak awak sidai baju tadi. HEHE.

Ok ignore yang pasal sidai baju tu.Haha. Faham tak apa yang saya try bagitau ni? kalau tak paham baca balek sampai anda betul batul paham. Kalau tak paham jugak maybe anda bukan manusia. Mungkin anda ni alien yang main kriket dgn saya dkat pluto tadi. HewHew.

Bagi rakan kriket saya tu, meh saya explain. Baca balek text last tu. SEE? Dia bawak kete. Dia sanggup bawak kete tu daripada DRIVE kete tu. Superman kan dia? Hoho. Maybe dia bawak kete and drive the books yang realitynya dia bawak.

But human and alien sekalian,
SUPERMAN tak wujud. Ada nampak ke orang yang pakai seluar kecik warna merah kat luar? ado ado? Siap pegi tesco beli ayam, tauge, seluar kecik :)
kalau ada jgn segan silu amek gamba hanta kat saya k? Bagi sapa sapa yg teringin rasajadi superman tu sila sila la beli seluar kecik warna merah pakai kat luar seluar and pergi tesco. Kompem lepas ni ada producer buat MOVIE Pak Superman Balek Rumah :)
LE SUPERMAN : You'oll boleh beli seluar kecik macam saya di tesco berhampiran anda. :)

SUPERMAN maybe tak wujud. But what I know is SUPARMAN tu wujud. Sepah sepah kat mana mana. K sekiannnnnn ;0

Le PMR

Assalamualaikum :)

As you know, other than the FOOTBALL FEVER yang sedang menggila masih ada penyakit yang lebih parah. Ada yang mengatakan ianya MEMBUNUH saraf saraf otak sehingga sesorang itu menjadi PARALYZED. Tahu apa? THE PMR RESULT FEVERRRRR. Cehh poyo je padahal siap boleh jerit jerit tengok bola. Bukan tengok bola, tengok player dia. Handsome handsome belako. HewHew :) Jangan salah faham puleks yewww. Ehem !

the footballer : Sorry? You ada cakap I hensem ke tadi? 
So kepada 97 batch tu, Mari kita banyakkan bersabar and the most IMPORTANT is kita TAWAKAL kepada ALLAH. Kita dah berusaha kita dah berikhtiar and the paper pun ALHAMDULILLAH dah siap mark.Just tunggu je RESULT. Ape pun yang kita dapat, BERSYUKUR ! Ingat, ada orang yang lebih malang dari kita :') Got to admit paper tahun ni memang pelik. Tergarak jugak hati, sape yang buat paper ni? ALIEN APAA?! Takpelah, ALIEN pun ALIEN lah. Janji ROCK.

But the best moment was when the last paper dah dikutip. Masing masing baling meja baling kerusi bukak baju sambil menumbuk numbuk dada. Adajugak yang bunuh diri? NAUZUBILLAH -__- Paling best, keluar pintu muka pun..................
'SAPA CAKAP TADI NAK MASUK MEMINANG I AFTER HABES EXAM TADI?!!'




.
.
.
.
.
.
.

Sunday 9 December 2012

eerrr ?

OMG OMG

Hillu hillu :)

Eh chop terlupa something, ehemm, Assalamualaikum for muslims and a very goodmorning to non muslims. Tak jawab dapat dosa kalau jawab dapat pahala. Hew Hew :) To be honest, I started to create this blog quite innocently as entah macam mana tertekan apa entah. But rasa macam why not we try something yang kita tak expect pun nak buat. Malaysia kan boleh :)

I think lah kan, actually blogging is much better than you ambek marker ke apa ke and tulis pebende entah kat pintu tandas kan?  Ada yang siap tulis besa besa guna marker "JANGAN CONTENG". Padahal..... Haha. But guys, stop vandalisme. DOSA BESAU ya knowwww. Renung renung kan dan selamat beramal.

To be honest, I'm not the type of person yang dapat stick dgn something. Senang cakap saya ni PEMALAS. pemalas? Pemalas? yesss. One of the disease yang majority ada and for your information, Malaysian is one of the most laziest person in the WORLD. Can you just imagine that? One Of TheLaziest. Tapi okay jugak, atleast ada jugak dalam rank. HewHew.

I'm talkative. As you see. Hehe.  And my ENGLISH pun entah pape. Takpe,atleast try :) My teacher cakap,  lantak pi depa nak gelak kita, depa tak tau yang orang yang depa gelak tu lah orang yang nak berjaya. Oh teacher, sayangnya saya pada anda :')

My first post. Tulus dari hati :)

Me*Nadiah*Esha*Fatin