Kaki disko engko ea

Wednesday, 12 December 2012

Bus Scene :)

Assalamualaikum and hallu hallu kepada semuaaaa :)


jawab dong mas :)


saya ada terbaca satu entry dekat website mane entah. writer tu pot pet pot pet pasal rakyat negara dia*bukan Malaysian* tak beradab dengan orang tua. Especially dalam bas. So maybe writer website tu warga emas kuut. Hewhew. Biasa aaa dalam bas masing masing penting kan diri, even nampak nenek tua dalam umo 99 dah menggigil gigil berdiri sampai terketar ketar gigi palsu dia, orang muda yamg syok syok duduk tu buat buduu je. Siap promote polident lagi.. Apa punya olang.

Tapi experience naek bas memang best. saya pun dah lame tak merasa naek bas. lasttime naek bas dengan sorang member saya. terkejut jgak saya bila dia ajak saya naek bas tepi jalan. almaklum lah dia tu anak orang berada, saya gi sekolah naek porche dia gi sekolah naek beca. kitorang nak g kedai dpn tuu. jauh la jugak kalau nak jalan kaki. agak agak 4 ke 5 bulan barru samapai aaa. So kitorang pun menahan la bas di tepi jalan, dah la panas, pakai baju hitam pulak tu, memang goreng laa.

last last dapat la tahan satu bas ni, bas kilang pulak tu. bedal je lah. kawan saya yang muka dah merah macam udang dlm mee rebus pun kata no hal punya. dalam bas tu pulak, pergghh punya la padat. macam milo fuze. serious padat gila. sapa terkentut sikit je pun kompem bas meletop. terpaksa la berdiri bersama sama dengan banglaman, nepalman, superman, dan macam macam man lagi. kalau dah berdiri, memang la tangan kena angkat bagi pegang tiang kat atas. memang ada macam macam bau. Lu olang nak bau apa? vanila? tengik? tenguk? semua ada. mari pilih.

lama lama pun terpaksa la berdiri kat belakang bas. memang nampak macam macam ragam. ada yang tu la, ni lah, korek hidung la. bajet orang tak nampak je. ish ish. tapi kelaka jugak bila nengok nye. bila bas pusing kanan orang yg berdiri pun ke kanan. bila bas kekiri, dorang pun kekiri. dah macam kat konsert dah.

Seratus percent cintakuuuuuu lalala ~

dalam 15 minit berlalu, kendur siket bas ni. orang yang korek hidung tadi pun dah berpuas hati dengan keadaan lubang gua nye itu. Saya dan member pun turun. Dengan muka yang puas. dan hati yang gumbira selepas terbelenggu dengan bau bau cipun yang tak sesedap roti gardenia itu.

CONCLUSION; amalkan la berbudi bahasa dan sopan santun dalam bas. beri keutamaan kepada orang yang memerlukan. warga tua, orang kelainan upaya, ibu mengandung, tapi bagi bapa bapa yang mengandung macam 11 bulan setengah tu tak perlu kuut. steady je. K sekiannnnnnnn :) sorry kerana mengepos sesuatu yang tak ber faedah. Hihi








No comments:

Post a Comment